Sunday, June 21, 2009

Ke Mukah

Sunday, June 21, 2009

Sy ke Mukah. Berkursus tentang Kemahiran Proses Sains. 6 jam setengah perjalanan dari Kapit. 3 jam merentas Sungai Batang Rajang, kemudian 3 jam setengah melalui jalan darat dari Sibu ke Mukah. Perjalanan ke Mukah yg menyukar dan menyakitkan badan di tengah-tengah ladang. Berbatu-batu, berlubang-lubang setiap inci jalan. Merantau seorang diri yg kadang-kadang agak bosan; menambah keinginan mahu cepat-cepat sampai.

Saya sampai di Mukah jam 6 petang. Mencari bilik yang sudah ditempah kawan di Mukah Inn dan bergegas mencari kedai makan milik yang Islam. Di sana soal makan tidak susah. Mukah tidak seperti yg sy gambarkan. Dan jauh lebih baik dari gambaran sy. Terasa selamat, kedai makan halal merata-rata, agak tenang dan Mukah sebenarnya adalah bandar Melanau. Terkenal dengan Pesta Kaul, hebat dengan cerita umai yang sedap, makanan laut, sagu, tebaloi dan orang Islam ramai.

Petang itu di kala menanti makanan siap, sempat mata menarah sekitar kedai makan. Ada awan kelam kelabu yang hampir Maghrib. Ada tauke-tauke kedai sibuk menarik pintu yang sana sini berkeriut. Awan makin hitam merumbu di dada langit. Bandar makin sunyi. Pun, di situ tidak terasa mengancam atau terasa membahayakan walau sekitar makin lengang. Dari jauh melihatkan masjid besar dan orang-orang yang agak mesra, menenangkan jiwa. Tidak seperti di sesetengah tempat, di kala hampir malam keadaan sudah makin tidak selamat. Yang mabuk mencari peluang, yang jahat menanti masa mencerkup mangsa. Gara-gara berkursus, pernah sy diganggu yang mabuk. Cemasnya usah dipersoal. Tapi itulah yang makin mencorakkan pengalaman. Perlu bersedia meneroka wilayah yang asing dari pengalaman walau sekejap-sekejap datang di kepala peristiwa yang tidak patut.

Apa pun; ke sana banyak pengalaman diraih. Ramai kenalan cikgu2 serata Sarawak. Orang Semenanjung juga merata.

Kursusnya singkat. Hanya sehari. Dari pagi hingga ke petang. Pengisiannya padat. Dan malamnya, Cikgu Iqmal dan isteri yg pernah mengajar di Kapit belanja saya dan teman makan-makan. Macam-macam. Dan dibekalkan juga ikan kering hasil usaha anak Mukah dibawa pulang ke Kapit. Umai di sana sangat sedap. Pernah menjamahnya sebelum ini, tapi di sana lebih membuka selera. Juadah makannya juga enak, pendek kata soal makan di sana tidak perlu risau.

Dan..di sana sy temui sesuatu yg manis. Jarang ditemui. Atau mungkin boleh dikata tidak pernah. Pun; sesuatu itu berlaku atas urusan Allah. Itu-sy ingat.

Walau tidak sempat menyeluruhi kawasan Mukah, tapi banyak pengalaman di sana. Selalunya, kenangan terbaik bukan dirakam dengan gambar, tapi yg melekat di hati. Lama. Dan kekal.

Apa pun, bila kembara usai; pulang kita ke leluhur yang menanti dengan gabukan hari-hari yang adiwarna. Walau pengalaman ada pahit dan yang manis, tentunya -berisi. Moga cahaya yang sedikit itu mencerlang di hati.



p/s: credit to ndaminoma wordpress 4 the images...





5 comments:

hayad said...

maza, selamat kembali berblog :)

miss lisa said...

ya. selamat kembali.

pintu yang ditutup itu tidak diselak rupanya.:P satu kepulangan yang dinanti dalam dunia penulisan.

kak lisa look forward to your writings.

terasa ada aura yang lebih matang? :)

Mazarina said...

dayah:
yup..tq

k.lisa:
i know u're a gud supporter..;;)

Faiz Faiza said...

"Dan..di sana sy temui sesuatu yg manis. Jarang ditemui. Atau mungkin boleh dikata tidak pernah. Pun; sesuatu itu berlaku atas urusan Allah. Itu-sy ingat." -bila mau kongsi cerita?

Mazarina said...

hahhaaa...itu cerita yg biasa2.tak menarik tuk dkongsi...ade yg menarik, aku kongsi.ngeggeee

bile hbs blajar?

Post a Comment

 
...Jalan Itu Jauh... © 2008. Design by Pocket